~Nuffy nuff nuff~

Thursday, April 28, 2016

HALAL Samyang Hot Chicken Ramen

Dear MOD,


Jahat betullah internet ni perkenalkan kite dengan Samyang Hot Chicken Ramen.

Tengok orang makan pedas-pedas macam sedap kite pun teringin.



Sooooo...




Kite pun terbeli, terasa, dan termenangis makan ramen tu.

Ni amik dari google sebab rasa macam ada snap muka penuh ramen ni tapi mana entah. hehh~


Yang ni pun dari Google Image. 
Nak tunjuk je.
Ni muka dia kalau dalam versi peket yang banyak-banyak macam Maggie biasa tu.


Ni gambar kite snap sendiri. ermm pandai kan kite snap gambar? 
Elokkkk sangatlah amik gambo tepi je kan.
Dah kenapa kau Finaz??
pfffttttt


Part ingredient elok pulak aku snap. haishhh...noob!


Ni muka ramen tu. Seksi kan? Sangat seksi sampai kite nangis =P

FAQ

1. Sedap tak? Apa rasa? Betul ke pedas gila?

Sedap. Mi dia kenyal, tak kembang, tak rasa muak. PEDAS!
Kalau orang yang cili api pun dia kunyah buat ulam, takdehal kot. Mungkin lebih enjoy makan benda ni berbanding kita yang makan pedas tahap biasa-biasa ni.

Benda ni agak subjektif. Mostly makan memang kata pedas tapi ada je yang kata tak la pedas sangat-sangat pun. Entah. Ikut lidah, ikut taste, ikut tahap kekebalan memasing. ;)


2. Halal ke?


Bagi aku senang je. Dah terang-terang ada tanda Halal daripada Korea Muslim Federation Halal Committee so it means they are HALAL. Kalau ragu-ragu, duk terpikir-pikir tak habis-habis, don't eat. Settle. :)


3. Makan sebab acah-acah ajet-ajet up to date / hipster / attention seeker?

Gila kau?? Aku teringin dan nak makan sebab aku memang spesis SUKA MAKAN. Lagi-lagi benda tu sesuatu yang baru bagi aku. Bagi aku selagi benda tu boleh makan, no harm trying unless kalau tak boleh diterima dek tekak ni.


4. Berapa harga dan kat mana nak beli?

Harga dalam RM 7.00 macam tu kalau dalam bowl. Kalau yang peket dalam ada 5 tu dalam RM 21.00 macam tu. Harga memang macam pricey sikit kot tapi puas hati sebab mi dia banyak.

Boleh cari kat most of pasaraya besar. Yang bowl ni aku beli kat AEON Big Mid Valley hari tu. Ada kawan beli versi peket kat Jaya Grocer Bangi. Tempat lain tak sure pulak ada kat mana ada lagi.




No comments:

~Nuffy nuff nuff~